KELEBIHAN AIR YANG BERSIH

Saya tergerak hati ingin menulis sedikit bahan mengenai penapis air bioaura ini kerana saya melihat tentang keistimewaannya. Mungkin kita semua tidak sedari kelebihan jika minum air yang bersih. Sebab tu ada orang yang tidak kisah jika minum air yang dianggap bersih padahal penuh dgn bahan kimia spt klorin dan sebagainya. Biasanya kalau guna air daripada paip kerajaan, memang syarikat air akan gunakan klorin untuk kekalkan kualiti air, tetapi dalam klorin itu sudah sedia maklum mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh badan jika berterusan menggunakannya. Melainkan kalau menggunakan air telaga. Harus diingat, walaupun air tersebut dimasak, ia tidak dapat menghilangkan bahan kimia yang ada dalam klorin seratus peratus. Sbbtu perlu kita perlu menggunakan penapis air, salah satu fungsinya ia dapat menapis klorin daripada air yang kita gunakan. Jadi, air itu memang terjamin kebersihannya.

Di isini sebenarnya saya nak kongsi tentang kisah molekul air. Sudah pasti ada beza molekul air yang bersih dgn molekul air yang tak bersih. Molekul air yang bersih akan nampak lebih cantik berbanding molekul air yang tak bersih. Mmg ada perbezaan. Itu membuktikan keadilan Allah SWT, setiap perkara yang baik akan ada perbezaan perkara yang tidak baik. Molekul air yang bersih itu akan bertambah cantik lagi jika ditambah dgn kata2 baik atau ayat2 baik di dalam. Daripada beberapa artikel yang saya baca, kesimpulan yang boleh saya buat, air yang bersih jika ditambah dgn perkara2 positif akan mencantikkan lagi molekul2 air tersebut. Dan kesannya molekul air tersebut pasti bertambah kualitinya. Disini saya lampirkan satu artikel telah saya baca berkenaan molekul air. 

Credited from here

 

Ini kristal yang terbentuk, di atas apabila dibacakan perkataan ’suka’ dan bawah – ‘benci’. Perkataan ‘benci’ menghasilkan kristal yang berlubang seperti tercekik

Ini kristal yang terbentuk, di atas apabila dibacakan perkataan ’suka’ dan bawah – ‘benci’. Perkataan ‘benci’ menghasilkan kristal yang berlubang seperti tercekik.

Di bawah ni gambar kristal yang terbentuk dari perkataan ‘perang’, (kristal yang buruk di atas). Dan ‘damai’ menghasilkan kristal seakan bergabung.

Ini pula kristal yang terhasil dari ‘cinta suami isteri’. Seolah-olah yang besar mengiringi kristal yang kecil.

Yang ni gambar kristal air di danau Zurich, Switzerland. Gambar sebelum dan selepas doa dibacakan ke air.

Efek melodi terhadap kristal. Penyembuhan melalui muzik indah ?

Kristal air yang terbentuk dari perkataan ‘Islam’. Kristal dari perkataan agama lain juga cantik.

Ada banyak lagi gambar yang menarik yang menunjukkan efek doa dan pemikiran terhadap kristal air. Saya cukup teruja bila kali pertama baca buku ni. Memang ada di kalangan Barat yang banyak meragui samada betul ke tak teori Emoto ni. Tapi sebagai seorang Islam, saya percaya. Kita selalu di ajar bila sakit, supaya membaca surah-surah tertentu dan tiup ke dalam air, dan kemudian minum air tersebut. Rupa-rupanya ada kebenaran juga apabila air yang telah dibacakan doa, membentuk kristal yang sungguh sempurna. Memang la kita tak patut lupa yang menyembuhkan kita adalah datangnya dari Allah swt.

Terpulanglah kepada setiap individu untuk menilai kebenaran teori Emoto ini..moga artikel ini dapat membuka minda kita.

Air penawar blh menyembuhkan penyakit

 

penapis air bio aura

Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:

Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.

Diantaranya :

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.

Ustaz kemudian bercerita bahawa ia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan.

Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.

Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air.

Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.

 

TESTIMONI PENAPIS AIR BIO AURA

Penyelidikan dan testimoni di Jepun semenjak tahun 1950 an mendapati penyakit-penyakit seperti di bawah dapat dikurangkan dengan meminum air beralkali biotenaga tinggi :

· Artritis
· Pedih ulu hati
· Keletihan yang kronik
· Masalah penghadaman
· Kekejangan kaki
· Tekanan darah tinggi
· Masalah peredaran darah
Migrain 
· Rasa loya
· Masalah berat badan
· Osteoporosis
· Psoriasis (penyakit kulit)
· Tekanan
· Penyakit hati – hepatitis, sirosis, barah
· Pankreas – pancreatitis, kencing manis, barah
· Buah pinggang – nefritis, nephrosis, barah

 

 

APA ITU TEKNOLOGI NANO?

 

Teknologi Nano, revolusi terkini yang membawa kepada kemajuan dunia dalam abad ke-21 ini. Ia berasal daripada perkataan Latin, dengan cirinya yang bersaiz kecil – 1 nanometer – 0.000000001 meter.

 

Ini jelas menunjukkan betapa kecilnya saiz nano, sehingga mencapai 1000 kali ganda lebih kecil daripada diameter rambut manusia.

Menjelang era teknologi yang baru, Teknologi Nano luas diaplikasikan dalam pelbagai industri seperti perubatan, maklumat teknologi sehingga ke bidang elektronik dan komputer. Sebagai contohnya, sekeping disk bernano mampu menyimpan jumlah maklumat sehingga 10,000,000 kali ganda berbanding disk yang biasa. Ini turut membuktikan bahawa penggunaan Teknologi Nano bukan sahaja meningkatkan kualiti produk, malahan ia menambahkan kapasiti dan kebaikannya serta dapat mengurangkan pembaziran.

9 Keberkesanan Teknologi Nano dalam penapis Air Bio Aura

1- Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat

2- Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan

3- Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien

4- Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dannutrien untuk keperluan kesihatan tubuh

5- Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum

6- Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum

7- Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah danmemperkuatkan sistem imunisasi badan

8- Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid

9- Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit sertakesegaran makanan

 

 
       

 

PENAPIS AIR BIO AURA

 

penapis air bio aura
penapis air bio aura
Bio Aura Hi-Tech Water System mengaplikasikan teknologi sistem penapisan yang canggih dan terkini. Ia terdiri daripada 6 penapis dan dapat mengatasi masalah pencemaran air minuman. Ia
  • Tiada toksin, tidak berbahaya, dan tidak berbau asing;
  • Unsur-unsur mineral yang seimbang;
  • Nilai pH cenderung kepada alkali;
  • Molekul-molekul yang kecil.

Penapis-penapis di pasaran dapat menapis keladak pejal dan membasmi mikroorganisma. Akan tetapi, ia tidak dapat mengekalkan unsur-unsur mineral yang baik untuk badan. Selain itu, nilai pH air yang ditapis oleh penapis biasa adalah lebih kurang 6 dan berasid, padahal badan manusia memerlukan air yang bernilai pH 7~ 8, beralkali.

Kelebihan air Bio Aura

  • Mengaktifkan sel-sel, memperkuatkan sistem imunisasi;
  • Daya resapan yang kuat, meningkatkan fungsi metabolisme;
  • Kandungan oksigen yang lebih tinggi, berfungsi antibakteria;
  • Daya larut yang kuat, membantu memperbaiki masalah sakit jantung, otak dan saluran darah.

Kenapa perlu minum air beralkali?

Susuk badan yang bersifat neutral atau beralkali adalah paling baik untuk sel-sel, kerana dapat membantu dalam metabolisme badan, menyingkirkan bahan yang belum dihadam dan toksin, meringankan beban organ-organ dalaman dan Sebaliknya, susuk badan yang bersifat asid membebankan ginjal dan hati, mudah berlakunya penyakit tamadun serta berasa letih, tidak sabar, gemuk, tertekan, tidak cukup tidur dan mengalami penuaan sebelum usia.

Air Bio Aura mempunyai molekul-molekul kecil yang terusun rapat dan stabil. Maka, unsur-unsur berguna sebenarnya, Bio Aura telah menyingkirkan bahan-bahan yang berbahaya dan mengekalkan unsur-unsur berguna, maka ia boleh terus diminum tanpa dididih.

Malah air bio aura juga amat sesuai bagi ibu mengandung dan bayi kecil, dan seisi keluarga :-)


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.