KELEBIHAN AIR YANG BERSIH

Saya tergerak hati ingin menulis sedikit bahan mengenai penapis air bioaura ini kerana saya melihat tentang keistimewaannya. Mungkin kita semua tidak sedari kelebihan jika minum air yang bersih. Sebab tu ada orang yang tidak kisah jika minum air yang dianggap bersih padahal penuh dgn bahan kimia spt klorin dan sebagainya. Biasanya kalau guna air daripada paip kerajaan, memang syarikat air akan gunakan klorin untuk kekalkan kualiti air, tetapi dalam klorin itu sudah sedia maklum mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh badan jika berterusan menggunakannya. Melainkan kalau menggunakan air telaga. Harus diingat, walaupun air tersebut dimasak, ia tidak dapat menghilangkan bahan kimia yang ada dalam klorin seratus peratus. Sbbtu perlu kita perlu menggunakan penapis air, salah satu fungsinya ia dapat menapis klorin daripada air yang kita gunakan. Jadi, air itu memang terjamin kebersihannya.

Di isini sebenarnya saya nak kongsi tentang kisah molekul air. Sudah pasti ada beza molekul air yang bersih dgn molekul air yang tak bersih. Molekul air yang bersih akan nampak lebih cantik berbanding molekul air yang tak bersih. Mmg ada perbezaan. Itu membuktikan keadilan Allah SWT, setiap perkara yang baik akan ada perbezaan perkara yang tidak baik. Molekul air yang bersih itu akan bertambah cantik lagi jika ditambah dgn kata2 baik atau ayat2 baik di dalam. Daripada beberapa artikel yang saya baca, kesimpulan yang boleh saya buat, air yang bersih jika ditambah dgn perkara2 positif akan mencantikkan lagi molekul2 air tersebut. Dan kesannya molekul air tersebut pasti bertambah kualitinya. Disini saya lampirkan satu artikel telah saya baca berkenaan molekul air. 

Credited from here

 

Ini kristal yang terbentuk, di atas apabila dibacakan perkataan ’suka’ dan bawah – ‘benci’. Perkataan ‘benci’ menghasilkan kristal yang berlubang seperti tercekik

Ini kristal yang terbentuk, di atas apabila dibacakan perkataan ’suka’ dan bawah – ‘benci’. Perkataan ‘benci’ menghasilkan kristal yang berlubang seperti tercekik.

Di bawah ni gambar kristal yang terbentuk dari perkataan ‘perang’, (kristal yang buruk di atas). Dan ‘damai’ menghasilkan kristal seakan bergabung.

Ini pula kristal yang terhasil dari ‘cinta suami isteri’. Seolah-olah yang besar mengiringi kristal yang kecil.

Yang ni gambar kristal air di danau Zurich, Switzerland. Gambar sebelum dan selepas doa dibacakan ke air.

Efek melodi terhadap kristal. Penyembuhan melalui muzik indah ?

Kristal air yang terbentuk dari perkataan ‘Islam’. Kristal dari perkataan agama lain juga cantik.

Ada banyak lagi gambar yang menarik yang menunjukkan efek doa dan pemikiran terhadap kristal air. Saya cukup teruja bila kali pertama baca buku ni. Memang ada di kalangan Barat yang banyak meragui samada betul ke tak teori Emoto ni. Tapi sebagai seorang Islam, saya percaya. Kita selalu di ajar bila sakit, supaya membaca surah-surah tertentu dan tiup ke dalam air, dan kemudian minum air tersebut. Rupa-rupanya ada kebenaran juga apabila air yang telah dibacakan doa, membentuk kristal yang sungguh sempurna. Memang la kita tak patut lupa yang menyembuhkan kita adalah datangnya dari Allah swt.

Terpulanglah kepada setiap individu untuk menilai kebenaran teori Emoto ini..moga artikel ini dapat membuka minda kita.

%d bloggers like this: